Kerjaya impianku

Sunday, March 8, 2009

Keracunan makanan

Pengenalan
Dalam kesibukan menjalani rutin seharian terutama pada musim panas, keselamatan dan kebersihan makanan mesti diutamakan. Statistik Penyakit Bawaan Makanan dan kes Keracunan Makanan mengikut Kementerian Kesihatan Malaysia bertambah setiap tahun. Pada tahun 1997, terdapat 7968 kes keracunan makanan, 267 kes Hepatitis A, 391 kes taun dan 538 kes tifiod di negara ini. Dengan faktor-faktor cuaca dan kekurangan bekalan air, risiko keracunan makanan akan meningkat jika langkah-langkah pencegahan tidak diambil.
Kanak-kanak perlu diperkenalkan kepada konsep-konsep kesihatan dan nutrisi pada umur yang muda supaya mereka belajar bagaimana menjaga tubuh badan mereka dan mewujudkan tabiat baik sepanjang hidup mereka sejak daripada awal. Kesihatan adalah perkara asas yang perlu dimiliki setiap insan bagi menikmati kehidupan ini sepenuhnya. Kesihatan berkait rapat dengan nutrisi atau pemakanan seseorang kerana pemakanan yang sesuai menghasilkan kesihatan yang baik dan sebaliknya pemakanan yang tidak sesuai menjejaskan kesihatan atau menyebabkan penyakit.
Pemakanan yang sihat mustahak bagi kanak-kanak prasekolah sebagai bekalan tenaga bagi pergerakan, bekalan nutrien-nutrien yang diperlukan bagi mereka membesar dan berkembang (fizikal dan mental) dan menjaga kesihatan secara am (mencegah daripada penyakit dan memulihkan kesihatan badan selepas jangkitan penyakit dan kecederaan) Kita mendapat tenaga daripada tumbuhan . Makanan adalah sumber tenaga kita . Makanan yang seimbang terdiri daripada karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral , serat dan air . Pengambilan makanan yang seimbang adalah tabiat yang sihat bagi kebanyakan orang . Makanan diperlukan untuk membesar Tabiat pemakanan yang baik bermula daripada awal kehidupan setiap kanak-kanak.
Tumbesaran dan perkembangan yang optimum bukan sahaja bergantung pada nutrisi yang baik, senaman yang mencukupi dan rehat tetapi juga kebersihan. Tabiat kita dalam pemakanan dan senaman mempengaruhi rupa bentuk atau saiz fizikal serta menentukan tahap kesihatan kita. Kanak-kanak perlu diperkenalkan kepada konsep-konsep kesihatan dan nutrisi pada umur yang muda supaya mereka belajar bagaimana menjaga tubuh badan mereka dan mewujudkan tabiat baik sepanjang hidup mereka sejak daripada awal(Lind,1999). Pembentukan tabiat melibatkan perbuatan yang berulang-ulang merangkumi satu jangka masa. Masa yang paling sesuai menanamkan tabiat yang baik adalah semasa kanak-kanak, bak kata pepatah, melentur buluh biarlah daripada rebung
Sesuatu penyakit tidak akan terjadi tanpa sebarang sebab yang munasabah. Dalam konteks ini ianya berkait rapat dengan kebersihan, di samping pemakanan yang tidak seimbang. Apa pun alasannya, yang pasti kebersihan memainkan peranan penting dalam usaha kita untuk mengelakkan sebarang penyakit. Realitinya terbukti di mana-mana, lihat saja negara-negara yang miskin yang tidak mampu untuk menyediakan prasarana-prasarana dan infrastruktur seperti bekalan air bersih dan seumpamanya. Kebanyakan negara-negara berkenaan mudah mendapat dan dijangkiti penyakit.
Cara – cara mencegah penyakit bawaan makanan
Langkah utama untuk menghindar penyakit bawaan makanan dan keracunan makanan adalah dengan melindungi makanan dari tercemar oleh kuman-kuman patogens yang boleh menyebabkan penyakit. Sebagai panduan asas, beberapa perkara berikut boleh dilakukan untuk mengelakkan makanan dari tercemar.
1. Pemilihan bahan mentah
Pemilihan bahan mentah yang berkualiti dan selamat. Bahan-bahan mentah seperti telur, ayam, daging, ikan, sayur-sayuran dan susu amat mudah tercemar oleh kuman. Bahan-bahan mentah ini perlulah dipilih dengan teliti dan elakkan daripada membeli bahan mentah yang telah diketahui disimpan atau dikendalikan dengan cara yang tidak bersih ataupun disimpan bercampur dengan bahan-bahan kimia ataupun bahan-bahan bukan makanan.
Pastikan bahan segar seperti daging, ikan dan ayam berada pada suhu sejuk. Memandangkan musim panas ais akan mudah cair dan menjejaskan suhu penyimpanan semasa di jualan.
Bagi makanan yang akan dimakan mentah seperti timun dan salad, ia perlulah dibasuh dengan sempurna sebelum ianya dimakan. Elakkan menggunakan air yang sama berulang kali untuk mencuci sayur-sayuran ini walaupun cara ini dapat menjimatkan air.
2. Penyimpanan bahan mentah
Bahan mentah yang perlu disimpan lama seperti ayam, ikan dan daging perlu disimpan pada suhu sejuk beku. Penyimpanan dalam suhu sejuk beku yang sempurna dapat menahan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan keracunan makanan.
3. Memasak makanan
Proses ini amat penting untuk mengelakkan kes keracunan makanan dari berlaku. Proses memasak bukan hanya bertujuan menambahkan kelazatan dan lebih mudah dimakan tetapi juga bertujuan membunuh bakteria. Pada umumnya, masak pada suhu didih (100 °C) pada jangkamasa 5 – 10 minit adalah cukup untuk membunuh bakteria.
Penggunaan haba basah seperti kukus dan rebus adalah lebih berkesan berbanding dengan haba kering seperti oven untuk membunuh bakteria. Walau bagaimanapun, bahan-bahan kimia dan toksin adalah stabil dan tidak musnah melalui proses memasak.
4. Penyimpanan makanan
Makanan yang telah dimasak dan disimpan lama pada suhu biasa (suhu bilik) memberikan keadaan yang amat sesuai untuk pertumbuhan bakteria. Keadaan ini menyebabkan makanan menjadi rosak dan basi.
Bagi mengelakkan keadaan ini, makanan perlu disimpan di tempat yang bersih dan bertutup; tidak disimpan bersama dengan bahan mentah untuk mengelakkan pencemaran silang dan tidak terdedah kepada agen-agen pembawa bakteria seperti lalat dan lipas.
5. Pemanasan semula makanan yang disimpan
Kaedah ini adalah amat penting kerana pemanasan semula makanan dapat membunuh bakteria yang mungkin telah mencemari makanan yang disimpan. Walau bagaimanapun, kaedah ini hanya akan berfaedah jika pemanasan dilakukan hingga kepada suhu yang diperlukan dan rata kepada semua bahagian makanan. Suhu yang disyorkan adalah sekurang-kurangnya 70 °C selama 5 – 10 minit. Pemanasan yang berulang-ulang kali adalah tidak digalakkan.
6. Menghidang makanan
Makanan yang dihidangkan secara terbuka akan mudah dicemari. Pencemaran boleh berlaku secara terus, melalui serangga seperti lalat dan lipas. Bagi mengelakkan hidangan dicemari ianya perlulah ditutup dengan sempurna dengan penutup yang bersih dan sesuai. Menggunakan surat khabar dan bahan cetak adalah tidak dibenarkan kerana ia boleh mengakibatkan makanan tercemar oleh dakwat yang merbahaya jika dimakan.
7. Air minuman
Air minuman perlu dimasak terlebih dahulu. Bagi kawasan yang mengalami keputusan bekalan air paip, pastikan bekalan air daripada tangki-tangki yang dihantar oleh pihak Jabatan Bekalan Air ke rumah-rumah ditadah, dibiarkan seketika sehingga ampaian atau habuk-habuk yang terdapat di dalam air termendap ke bawah sebelum dimasak dan diminum. Dalam keadaan cuaca yang panas ini juga, pastikan jumlah air yang diminum mencukupi iaitu sekurang-kurangnya 6 – 8 gelas sehari kerana tubuh mudah mengalami dehidrasi pada musim panas ini. Keadaan dehidrasi boleh menyebabkan penurunan tahap ketahanan (imuniti) tubuh terhadap sesuatu penyakit. Ibu bapa perlu memberi tumpuan kepada anak-anak kerana mereka adalah golongan yang paling mudah diserang demam, batuk, selsema kerana ketahanan tubuh yang rendah.

8. Kebersihan diri
Pastikan tangan anda bersih setiap kali hendak memegang makanan. Ada yang menganggap cara ini sukar dipraktikkan semasa ketiadaan air. Pada musim catuan air dilakukan, sudah pastinya air bersih sukar diperolehi. Walau bagaimanapun, pengendali makanan tidak kira surirumah atau peniaga gerai makanan perlu memastikan amalan kebersihan dipatuhi. Pastikan bekalan air mencukupi sebelum menyediakan makanan walaupun cara ini memerlukan lebih masa dan tenaga.
Adalah amat penting tidak berkuku panjang dan kotor. Elakkan diri dari mengendali makanan jika terdapat penyakit kulit seperti bisul, kudis atau luka yang bernanah di tangan. Penyakit kulit seperti ini membawa bakteria yang boleh mencemarkan makanan.
Pengendali-pengendali makanan juga harus menjalani pemeriksaan perubatan dan mengambil suntikan sebelum menjalankan perniagaan.


Bertolak dari senario dunia itu, amatlah wajar bagi kita semua mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi setiap hari. Amalkanlah makanan yang seimbang. Dalam erti kata lain, dalam pengambilan pemakanan seharian kita utamakanlah makanan yang seimbang, di samping mengutamakan kebersihan dalam penyediaan makanan harian. Kedua-duanya, makanan seimbang dan kebersihan adalah berkait rapat di antara satu dengan lain. Dua elemen ini tidak boleh dipisahkan dalam apa jua keadaan. Berbalik kepada kebersihan yang menjadi pokok perbincangan, berusahalah dengan gigih bagi mengekalkan tahap kebersihan yang tinggi dalam kehidupan seharian kita. Jangan alpa, jangan lalai tetapi sentiasa mengutamakan kebersihan. Insya- Allah dengan mengamalkan kebersihan ditambah lagi dengan kewaspadaan, kita akan mampu mengelak sebarang penyakit berjangkit.

Kesan – kesannya

Kewajipan menyediakan makan dan minum ini telah disebutkan di dalam hadith Rasulullah SAW yang bermaksud “Seseorang telah cukup dikatakan berbuat dosa apabila ia mensia-siakan orang-orang yang menjadi tanggungan makan dan minumnya” (HR Abu Daud) Jelaslah hak anak-anak adalah mendapat sumber makanan yang bersih dan berkhasiat bagi melancarkan tumbesaran mereka. Oleh itu sebagai seorang ibu atau bapa yang menentukan hidangan untuk keluarga pada setiap hari, seharusnya bijak memilih makanan yang segar, bersih dan berkhasiat untuk ahli keluarganya. Pemberian dan pemilihan makanan yang segar dan bersih dapat mengelakkan berlakunya keracunan makanan kepada ahli keluarga. Banyaknya kes keracunan makanan berlaku di kalangan masyarakat di Malaysia hari ini disebabkan kurangnya kepekaan dan keperihatinan para pengendali makanan termasuk ibu bapa dalam menjaga kebersihan penyediaan makanan Malah ada dikalangan ibubapa yang tidak percaya bahawa anaknya mengalami keracunan makanan apabila disahkan oleh pegawai perubatan. Keracunan makanan adalah satu ‘penyakit’ yang dialami selepas memakan makanan yang tercemar samada dengan bahan kimia, logam, mikroorganisma dan tumbuhan yang beracun. Keracunan makanan berlaku dalam tempoh 48 jam setelah memakan makanan yang tercemar.Kesan bahaya keracunan makanan yang ketara ialah ‘kehilangan air’ dalam badan. Jika mencapai tahap serius ia boleh membawa maut terutamanya bagi mereka yang berisiko tinggi seperti ibu-ibu yang mengandung, kanak-kanak dan orang-orang tua. Pencemaran makanan yang menyebabkan ‘keracunan’ boleh terjadi di mana-mana di persekitaran kita. Mikroorganisma seperti bakteria dan virus akan membiak berkali-kali ganda dalam satu masa apabila berada pada medium dan persekitaran yang sesuai. Keracunan makanan juga boleh disebabkan oleh ‘cara' penyediaan yang kurang betul. Umpamanya menyediaan makanan terlalu awal sehingga makanan tadi menjadi sejuk dan terdedah terlalu lama pada suhu bilik, terlalu lambat disimpan di dalam peti sejuk kerana terlalu lama masa penyejukkan makanan yang panas. Demikian juga cara pemanasan makanan mesti lah sempurna, iaitu suhu pemanasan nya seharusnya cukup tinggi untuk mematikan kuman, pencemaran silang (mencampurkan) antara makanan mentah dan makanan yang telah dimasak ataupun antara makanan yang telah lama dimasak dan baru boleh menyebabkan kontaminasi. Orang yang berpenyakit seharusnya dilarang mengendali makanan .

Langkah-langkah pencegahan

Ianya perlu untuk mengelakkan berlakunya keracunan makanan antaranya mengutamakan asas kebersihan makanan .Pencegahan keracunan makanan seharusnya bermula daripada pembelian bahan mentah di pasar-pasar dan makanan di restoran-restoran. Keselamatan makanan sentiasa difikirkan ketika penyimpanan, pengendalian, memasak dan menghidangkannya. Kontaminasi makanan boleh dielakkan dengan menutup makanan daripada dicemari oleh lalat, meminimumkan persentuhan dengan makanan , memastikan makanan mentah dan makanan yang telah dimasak diasingkan. Pembuangan sampah yang tidak sempurna juga boleh menyebakan kontaminasi. Kehadiran haiwan peliharaan dan perosak juga perlu dielakkan bagi memastikan persekitaran tempat memasak dalam keadaan bersih. Bakteria merupakan sebahagian daripada persekitaran. Adalah penting memastikan semua peralatan yang digunakan bersih terutamanya diri pengendali makanan itu sendiri. Pengendali makanan perlu memastikan tangan, rambut, kuku dan pakaiannya bersih sebelum menyentuh bahan-bahan makanan Tangan perlu dibasuh dengan sabun dan air selepas menggunakan tandas, mengganti lampin bayi, merokok dan sebagainya yg boleh menyebabkan tangan menjadi kotor. Tangan juga perlu dibasuh terlebih dahulu apabila telah memegang daging bahan mentah seperti ayam dan sebagainya sebelum memegang makanan Pengendali atau penjual makanan mestilah sihat dan perlu mendapat suntikan bagi menghindari daripada menghidapi penyakit berjangkit. Pertumbuhan bakteria juga boleh dielakkan dengan menggunakan sekali sahaja peralatan memasak dan kemudian dibasuh dengan sempurna. Permukaan yang digunakan ketika memasak juga perlu dibasuh dan dikeringkan menggunakan kain pengelap pakai-buang. Adalah perlu menggunakan peralatan yang berbeza untuk makanan mentah dan juga makanan yang telah dimasak. Daging dan ikan adalah makanan yang paling berisiko tinggi yang mempunyai banyak mikroorganisma penyebab keracunan makan semulajadi padanya. Memasak dengan sempurna makanan yang bersumberkan haiwan boleh memusnahkan bakteria ini. Daging dan ikan yang beku daripada peti sejuk yang dicairkan pada suhu persekitaran mestilah tidak melebihi 2 jam. Sebaiknya dicairkan dalam ketuhar gelombng mikro dan terus dimasak. Jangan menyimpan semula daging yang telah dicairkan. Pengendali makanan juga perlu bijak merancang penyimpanan bahan mentah mengikut keperluan. Untuk sayur-sayuran dan buah-buahan pembasuhan yang sempurna penting sebelum dimasak dan dihidangkan bagi menyingkir segala kotoran yang di sebabkan oleh tanah, bahan kimia dan sebagainya. Bakteria lambat membiak suhu yang rendah, manakala suhu yang panas melebihi 63ºC sudah cukup untuk mematikan mikroorganisma yang menjadi penyebab keracunan makanan Suhu yang sederhana, pada suhu bilik adalah membahayakan kerana ia mempercepatkan pertumbuhan bakteria. Oleh itu perlu dielakkan makanan terdedah pada suhu bilik dalam jangkamasa yang lama. Sebaiknya makanan disimpan dalam keadaan sejuk atau panas.Makanan yang dijual dalam keadaan panas, mestilah diletakkan pada suhu sekitar 63-70ºC. Makanan yang perlu dihidangkan dalam keadaan sejuk mesti disimpan didalam keadaan sejuk juga.Makanan yang kering perlu disimpan dalam almari yang kering dan mempunyai pengudaraan yang baik. Sayur dan buah-buahan perlu digunakan secepat mungkin. Buah-buahan dan sayus-sayuran yang reput perlu dibuang segera. Semasa memasak makanan, para pengendali perlu memastikan makanan dimasak sehingga sempurna. Penggunaan jangkasuhu adalah penting untuk memastikan suhu pemanasan melebihi daripada 63ºC. Elakkan menggunakan jari semasa ‘merasa/mencuba’ atau mencicah makanan. Sebaiknya gunalah sudu yang bersih dan sudu tersebut tidak digunakan semula. Secara umumya ada tiga tips penting untuk mencegah keracunan makanan iaitu pastikan asas kebersihan makanan , makanan dimasak dengan sempurna dan makanan yang disajikan panas perlu disimpan dalam keadaan panas dan makanan yang disajikan sejuk perlu disimpan dalam keadaan sejuk. Apabila membeli makanan diluar, memang sukar bagi kita untuk membezakan antara makanan bersih dan yang telah dicemari. Hanya pengendalian dan cara penyediaan yang bersih dan teliti sahaja dapat mengatasi dan mengelakkan keracunan makanan Oleh itu adalah lebih baik makanan seharian adalah makanan yang dimasak sendiri kerana dengan memasak sendiri kita boleh menentukan mutu dan kebersihannya.

Kesimpulannya

Kesihatan badan kita bergantung pada pemakanan yang sihat (berkhasiat dan bersih), pengendalian makanan, kebersihan diri dan persekitaran serta senaman yang dilakukan. Pengendalian makanan yang baik bukan sahaja setakat penggunaan peralatan yang bersih, makanan yang bersih, bekas ataupun persekitaran yang bersih tetapi memasak makanan keseluruhan (bukan separuh masak-terutama sekali daging dan telur serta makanan laut). Makanan yang mentah perlu diasingkan daripada makanan yang sudah dimasak. Penyimpanan makanan yang betul juga mustahak dalam mengekalkan khasiat makanan. Kebersihan diri seperti tangan dan gigi perlu ditanam sejak kecil supaya menjadi tabiat yang senang dilakukan. Senaman dapat melengkapkan kesihatan badan,Mengelak daripada penyakit dan menyumbang kepada kecergasan dan kecerdasan.
Penyakit bawaan makanan adalah penyakit yang biasa menyerang orang ramai. Walau bagaimanapun, ia dapat dielakkan dan dikawal sekiranya semua pihak memainkan peranan masing-masing untuk melindungi makanan yang dimakan dari tercemar oleh bahan pencemaran yang boleh menyebabkan penyakit. Amalan kebersihan perlu dipraktikkan setiap masa .Keadaan cuaca panas dan ketiadaan bekalan air paip bukanlah suatu alasan untuk tidak mematuhi amalan kebersihan jika sikap suka kepada kebersihan telah sebati dalam diri setiap rakyat Malaysia. Oleh itu kita sebagai rakyat yang peka perlu sama-sama memastikan diri dan keluarga selamat dari gejala-gejala penyakit ini.

No comments:

Breast Cancer

What Is Breast Cancer
Breast cancer is cancer that affects the breast. The vast majority of breast cancer occurs in women, although men can develop breast cancer too.

'Cancer' is the name for a group of diseases in which the body's cells are changed in appearance and function. Such abnormal cells can grow out of control and form a mass or 'tumor.' When abnormal cells originate in the breast tissue, the mass is called a breast tumor.
A breast tumor is considered benign if it is limited to a few cell layers and does not invade surrounding tissues or organs. Yet if the tumor spreads to surrounding tissues or organs, it is considered malignant, or cancerous. Carcinoma is the term used to describe most common cancers that arise from epithelial (surface or lining) tissues. By contrast, sarcoma is the term used to define tumors that arise from bone, muscle, fat, or connective tissue.
The breasts are, in essence, a collection of fatty tissue and glands that have been adapted to secrete milk after a woman gives birth. The glands that produce milk are called lobules and the tubes that connect them to the nipples are called ducts. Correspondingly, carcinoma of the breast develops when malignant changes occur in the cells that line the lobules or, more commonly, the ducts.
There are two major types of breast cancer:
lobular carcinoma, and
ductal carcinoma.

They can be either invasive (spreading) or noninvasive (generally known as 'in situ' - confined to the original site). The majority of breast cancers (70% - 80%) arise from the ducts, which make up the bulk of breast tissue. Since lobular and ductal cells are found in the glandular tissues of the upper, central, and outer regions of the breast, this is where most breast cancers occur. Breast tumors rarely arise in the fatty or nonglandular tissues. Such tumors, when they appear, are usually sarcomas.
Cells from the tumor may break away, travel, and grow within other parts of the body. This process is known as metastasis. Breast cancer often metastasizes to sites such as the lung, bone, liver, and brain. If breast cancer is detected at an early stage - for example, before metastasis - it usually can be cured; however, as the disease progresses, the possibility of effective treatment is diminished. Fortunately, though, many breast "lumps" are caused by benign breast diseases that do not spread beyond the breasts and are not life-threatening.
Facts About Breast Cancer:
A diagnosis of breast cancer is alarming, but the good news is that most women recover from it. Improvements in breast cancer detection have helped to limit the harmful potential of this disease. In fact, during the last decade, the majority of breast cancers reported in the U.S. were small, very treatable, early-stage tumors.
Overall, about 83% of women survive breast cancer, as shown by recent 5-year survival statistics. Although these numbers don't guarantee that a person will be in the 'favorable' statistical group, they do show that the likelihood of beating breast cancer is good. If breast cancer is detected and treated in the early stages, the chances of complete recovery are even better.
With the exception of skin cancer, breast cancer is the most common cancer among American women. Recent findings from the National Cancer Institute (NCI) indicate that an American woman has a one in eight chance of developing breast cancer during her lifetime. And the American Cancer Society predicts that about 184,200 new cases of invasive breast cancer will be diagnosed in the year 2000.
Breast cancer also can strike men, although cancer of the male breast accounts for only 5% of all diagnosed breast cancers.
Over the last 5 years, patients have benefited from many advances in breast cancer treatment. Breast conservation - the saving of the breast - has increased enormously because of early diagnosis and the widespread use of mammograms (x-rays of the breast). In addition, new anti-cancer drugs such as paclitaxel (Taxol®) and trastuzumab (Herceptin®) have been approved by the Food and Drug Administration (FDA) and show promise in the treatment of people with advanced disease.
The progress made in breast cancer detection and treatment is perhaps best reflected by mortality (death rate) figures. U.S. statistics show that breast cancer mortality decreased significantly between 1992 and 1996 - with the largest decline seen in younger women. Therefore, although breast cancer is a major concern among American women, it can be managed successfully. The following sections will explain the causes and treatment of breast cancer, as well as some of the methods used to overcome the far-reaching effects of this disease.

Bulan berbicara